Friday, March 30, 2012

Mummy Accident!


Subhanallah & Alhamdulillah jek beauty dapat ucap bila mummy eksiden semalam... Masa tu lunch time... Tetibe mummy call beauty kat opis bagi tau dia eksiden... Ape lagi mintak tolong kawan opis hantar beauty pergi jumpa mummy la sebab semalam hujan & beauty pulak kebetulan pi kerja naik motor.. Mula-mula boleh tarik nafas lega lagi tapi bila nak sampai tempat kejadian dari jauh nampak kereta mummy yang remuk redam... Terus bertambah menggelabah beauty dah tak boleh fikir apa duk cari kelibat mummy... Bila betul-betul sampai kat tempat tu baru beauty nampak mummy dah keluar dari kereta duduk berteduh dekat kedai berhampiran... Ya Allah, syukur sangat-sangat Mummy & granny tak pape... Lil psis pun bergegas datang sana bila dapat tau... Serius beauty bagi tau this is 1st time jadi benda macam ni kat family beauty semenjak arwah abang sepupu beauty kemalangan dulu... =( Mintak-mintak tak de lah perkara buruk macam ni berlaku lagi... =(

Punca kejadian adalah sebab traffic light dekat situ tak berfungsi dan kat situ adalah simpang 3... Mummy beauty berada di jalan yang lurus meneruskan perjalanan sebab tak de kereta dan tiba-tiba kereta kancil tu keluar dari simpang... Dan paling best polis kata dua-dua salah jek sebab tak nak bukak kes dan kalau bukak kes pun kereta kancil tu punya insurans tak dapat nak cover kereta mummy.... Habis tu takkan lah eksiden pun kene pilih bulu nak eksiden ngan kereta mewah-mewah jugak... Boleh fikir tak logiknya dimana?? Mummy pulak opkos la diam je agaknya malas cerita sebab terkejut... Beauty tak de masa buat report kat balai sebab pergi hantar granny ke rumah uncle dulu... Hurmmm.. Malas nak cerita panjang bab tu mummy kata redha je lah... That is my mummy... Lembut hati... Tak kisah lah pakai insurans siapa pun atau kereta macam mana pun yang penting mummy selamat... Kereta boleh di ganti, tapi mummy beauty ada sorang tu je tiada ganti... =(

Malam tadi bila mengenangkan balik kejadian semalam bergenang-genang air mata beauty mintak dijauhkan perkara buruk berlaku dalam keluarga kami.... Mudah-mudahan Allah melindungi keluarga kami... Dan mungkin kejadian yang berlaku ada hikmahnya dan mungkin ada terkurang di mana-mana yang Allah berikan peringatan kecil buat kami... Syukur pada Allah semua selamat... Dan hari ni mummy & daddy sibuk uruskan hal insurans kereta...


Buat kawan-kawan, bawak la kereta, motor atau apa sahaja dengan berhati-hati... Kalau kat simpang 3 tu jangan la main keluar je, berhenti la... Bukan amik masa lama pun berhenti tuk tengok kiri kanan.. Bukan nyawa awak je yang berharga, nyawa orang lain pun sama... Dan kalau nak ke kiri ke kanan tu bagi la signal... Tak menjadi 1 kesalahan pun kalau kita rajin bagi signal.. Memudahkan diri kita sendiri jugak... Dan tak menyusahkan orang lain... Okay sayang semua, sama-sama kita berdoa di penghulu segala hari, hari ni agar keluarga kita dan diri kita serta sahabat handai kita selamat dari segala bencana dan malapetaka... Amiin

4 comments:

cha said...

nasib baik mommy u takde pape. alhamdulillah

misz beauty said...

ye cha... alhamdulillah... =(

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

mmm... terima kasih atas ingatan... tak jadi laa nak race masa balik nanti...

misz beauty said...

tamo race race oke... =)