Tuesday, January 10, 2012

My Car is Back To Normal

Assalam sayangs... Today beauty nak story mory kisah incik putih kristal beauty ye ye ye.. Semua sedia maklum last week dia ting tong ting tong meragam sampai beauty pi kerja Mr. B kena hantar dan orang lain jadi mangsa jemput beauty balik kerja....

So now he is back with a good condition and being so behave with me sebab dah tukar barang sana tukar barang sini kat dia... Last week settle kan benda yang menyebabkan dia mati-mati nak pitam gak dengar jumlah yang kena bayar dan semalam beauty pi betulkan aircond (nasiblah kena tukar switch aircond je kalau tak mampus bengkok beauty terus pitam! sebab ingatkan kena betulkan wiring semua... ahahahaaa), betulkan alarm kereta, betulkan central lock... So nanti dapat gaji lagi sekali pegi servis kereta je... nak buat macam mana tugas beauty memang jaga kereta... kalau pasal kereta usah ditanya pada Mr. B jawabnya nanti "Cuk, saya tak tau la pasal kereta... Motor tau la... Pergi je tanya uncle then bagitau berapa duit kena standby saya topup".. Okay fine memang dari mula-mula kenal dia galakkan beauty teruskan berkawan dengan budak-budak kereta sebab benda macam ni la... Backup katanya... Cisssss terbalik pulak kan ;-p

Pasni siapa yang rosakkan kereta beauty (tuju khas buat Mr. B... ahahahaa) memang nak kena flying kick la kan... Bahahahaaa...;-p Ye jangan tak tau, kalau dia tercalarkan or terlanggar something dengan kereta tu dia akan diam je sampai beauty perasan ada something wrong kat kereta tu baru dia mengaku sambil sengih-sengih oke.... Tak ke geram dibuatnya?? Nak kena gigit hidung ngan tahi lalat kat pipi la kan bila dia buat perangai cam gitu... Huuuiiiii ;-p Geram la you all masa tu beauty baru tukar cat kereta dia pi calarkan... hadoi memang mendidih berapi tahap gunung berapi nak meletup la kan...;-p

Simpan hasrat nak overhaul kereta jugak la ni kan... So kena saving sikit-sikit sebab nak overhaul kereta uncle beauty kata simpan la dalam RM1.5K nak selamat tu kira siap turun enjin semua... Soooo pitam oke... macam boleh simpan duit beli kereta baru... Muahahaaa ;-p Tak pe la pelan-pelan.. Kereta tu banyak jasa, so jaga je elok-elok... Kalau ada rezeki lebih baru fikir beli kereta baru... Tak baik membazir kan, baik simpan untuk future ;-)

Gigih cina ni siapkan kereta beauty cepat-cepat sebab beauty kata dah nak masuk office semalam... bahahahaa.. Anyway TQ to him sebab semuaaa dah oke ;-)

Semoga my incik putih kristal behave jangan peningkan tuan anda ni lagi ye... ;-)

No comments: