Monday, November 14, 2011

Hati

Bila hati semakin jauh
Bagai perahu yang hanyut dilautan
Hanya waktu yang dapat menentukan
Samada ia datang kembali
Atau pergi tak kelihatan

Bila hati yang patah
Bagai dahan yang rapuh menanti belah
Sekali ia terbelah takkan dapat disambungkan
Walau berkurun ia cuba dicantumkan

Bila hati yang hancur
Bagai kaca yang jatuh berkecai
Terhempas berderai di atas lantai
Takkan dapat disatukan
Walau teliti mana ia cuba dipulihkan

Wahai hati
Dengarlah rintihan ini
Jangan lah kau pergi jauh
Jangan kau patah
Jangan lah kau hancur

Wahai hati
Aku perlukan mu di saat ini
Aku perlukan mu di waktu ini




- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: