Friday, November 18, 2011

Tahniah Harimau Muda

Alhamdulillah rezeki menyebelahi kita Malaysia malam tadi dengan kemenangan tipis 1-0 antara Harimau Muda vs Garuda.. Permainan yang hebat dan konsisten dari pemain Malaysia accept si galah berat sorang tu berapa kali bola lalu depan mata dia bole buat rilek jek.. Sakit hati ngan dia tapi tak dikeluarkan jugak.. Apa-apa pun keep it up buat pemain paling muda umoq 17 tahun tu.. Memang pelapis betul ;-) KFCM pulak memang tak diragui kecekapan menangkap bola even banyak gile kontrovesi yang melanda dirinya tapi sedikit pun tak menggugat cara permainannya... Kental betul anak muda sorang ni ;-) beauty malam tadi nengok usah cite penuh dengan debaran dan asik nak terjerit.. Ekekekek... Lepak kat mamak tu macam lepak kat stadium.. Tepuk tangan la, jerit la macam orang kat stadium indon tu dengar je en en en... Hehehehe... Walau kami tak berada di sana namun semangat menyokong tu penting... Kami akan tetap setia menyokong dari belakang tak kira kalah menang ;-)

Bercerita pasal pemain garuda.. Memang sakit jiwa betul.. Memang psyko semua.. Kesian pemain kita diuji dengan deraan psyko gitu.. Tak tahu kenapa la jurulatih kita di suruh keluar dari padang... Hangin dibuatnya.. Ref pun kadang nampak berat sebelah jugak... Dah la orang-orang yang pakai baju meran penyokong garuda kuang ajaq lagu Negaraku tengah dimainkan diorang bole memekak-mekak... Tak de adab langsung dan tak bertamadun... Tak pe la tempat mereka kan..

Tahniah sekali lagi buat Malaysia.. Kekalkan semangat juang kamu!! Malaysia boleh!!!!

p/s* beauty da macam pengulas berita.. Huahahaha ;-p


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: