Friday, October 28, 2011

Tips Penjagaan Wajah


Assalam hye sayangs sayangs semua. Okay di hari Jumaat yang mulia ni beauty nak kasi tips produk penjagaan wajah untuk sayangs sayangs beauty semua oke. Beauty tak la expert mana tapi beauty share with u ols apa yang beauty tau. ;-)

Untuk kulit muka yang gebus dan santek kita kene jaga muka dengan baik. Guna produk yang betul dan cara penjagaan yang betul. But for now beauty nak bagi tau yang basic dulu oke.

Kita orang asia ni kulit kita berbeza sangat-sangat dengan kulit omputih... Sebabnya kita punya cuaca sangat tidak sama dengan mereka yang mempunyai 4 musim dan even diorang punya musim panas pun still lagi sejuk tuk kita yang duk dalam suhu 30 darjah ke atas... Dan muka manusia ni biasanya terbahagi kepada 3...

1) Kulit kering @ Sensetif,
2) Kulit normal @ berminyak di bahagian T Zone , dan yang ke
3) Kulit Berminyak...

Biasanya orang akan runsing dengan masalah ketara kalau muka dia terlibat dengan masalah kulit muka yang kering @ terlebih minyak. Dan ni jugak terjadi mungkin disebabkan faktor cara pemakanan kita dan persekitaran kita. Especially kulit berminyak tu plus habuk jerebu dan sebagainya makanya jerawat pun naik la kan. Selain dari tu perubahan hormon. Yang pempuan tu la biasanya sebab period la, yang baru pas kawen pun mengalami perubahan hormon jugak =)

Untuk makluman kepada sesiapa yang tak tahu, kulit muka kita terbahagi kepada 3 lapisan :

Yang pertama adalah lapisan yang paling luar iaitu lapisan epidermis tersusun dari beberapa lapisan lagi, diantaranya adalah lapisan korneum atau yang lebih dikenal lagi dengan sebutan lapisan tanduk. Lapisan tanduk adalah lapisan kulit yang sudah mati, paling luar, yang dapat dengan mudah mengelupas sendiri dan berganti dengan sel-sel kulit yang baru. Setelah korneum, ada lapisan spinosum yang fungsinya sebagai penahan gesekan dari luar. Lapisan lainnya terdiri dari sel-sel yang secara aktif mampu membelah diri menggantikan sel-sel pada korneum. Pada lapisan epidermis ini juga terdapat lapisan yang mengandung pigmen melamin sebagai pewarna kulit.

Lapisan tengah yang dipanggil dermis yang letaknya di bawah lapisan epidermis terdapat beberapa bagian kulit yang sangat penting yaitu kelenjar keringat, kelenjar minyak, akar rambut, pembuluh darah serta ujung syaraf. Saraf mengirimkan sensasi rasa sakit, gatal, dan suhu. Ada juga sel-sel saraf khusus yang disebut Meissner dan Pacini Vater-sel darah yang mengirimkan sensasi sentuhan dan tekanan.

Lapisan dalam yang dipanggil subkutis@hypudermis yang terdiri dari jaringan adipose, banyak mengandung lemak, banyak mengandung pembuluh darah, pembuluh limfe dan syaraf, juga terdapat gulungan kelenjar keringat dan dasar dari folikel rambut.

Diantara tiga-tiga lapisan ni... Yang paling perlu kita jaga adalah lapisan di luar sekali iaitu lapisan epidermis... Nak tau sebab apa?? Sebab lapisan luar tu la yang jaga lapisan-lapisan dalam yang lain... Dia lah yang memerangkap habuk kotoran, dialah yang menghalang luka sebelum sampai ke luka dalam dan banyak la fungsi lain... Oleh itu beauty ingatkan produk yang mempunyai PILLING atau dalam bahasa melayunya PENGELUPASAN yang teruk adalah tidak baik untuk kulit kita. Sebab bila kita guna produk pengelupasan dah tentunya kulit kita akan menjadi nipis. Dan bila jadi nipis apa lagi yang tinggal tuk protect muka kita? Itu lah yang senang luka, muka nampak merah gila, nampak urat dan sebagainya... Dimana itu adalah kulit muka yang tidak sihat =)

Dan beauty jugak nak bagi tau kat sayangs sayangs semua, bila mencari produk pencuci muka, pastikan ia tidak mempunyai buih yang terlalu banyak atau bauan yang terlampau kerana produk yang mempunyai buih & bau yang terlampau ianya mengandungi bahan kimia yang banyak. Rasanya kalau pegi jumpa doktor pun mereka akan bagi tau benda yang sama. Begitu jugak dengan TONER. Toner pun mempunyai bahan kimia tu sebab sometimes kita pakai akan mengakibatkan pedih atau panas di muka kita. Dan sayangs sayangs semua, beauty nak nasihat ni. Kimia adalah tidak baik untuk kulit muka kita ;-)

Dan tips yang terakhir beauty nak kongsi... Kulit kita akan mengalami persalinan setiap 2 minggu sekali macam tu. Jadi kalau kita tak buang sel sel kulit mati tu ia akan berlapis dan berlapis dan seterusnya menjadikan kulit muka kita kusam... Tu sebab kalau rajin at least seminggu sekali kene pakai mask ;-) Dan sebulan sekali pergi lah ke pusat rawatan wajah tuk buang benda-benda yang kita tak dapat buang sendiri... ;-)

Setakat ni saja tips tuk sayangs sayangs semua.... Nak tau cara penjagaan wajah dengan betul kene lah jumpa beauty sendiri sebab depan-depan baru boleh ajar nak buat cam ne kan... Heheheheheee... Kalau nak tau pasal produk pulak boleh pegi kat blog http://miszbeautywithmarykay.blogspot.com ... Dan selebihnya boleh hubungi beauty tuk tahu...;-)

Okay dear chow sin chiiii ;-)

This is me without any makeup. Just moisturizer, loose powder & eyeliner and of coz without any photo editing ;-)

No comments: