Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 @ 1432H

Assalamualaikum buat semua sayangs sayangs beauty... Okay this time officially punya speech oke sebelum semua dah tak heran dengan blog melainkan just update status fb jek senyap buat persiapan raya, shopping & beraya... Heheheee...

Bismillahirrahmanirrahim...

Di sini beauty ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kawan-kawan beauty, samada kenal atau tak kenal. Samada in cyber world atau realiti. Samada pembaca setia bernama atau anon ataupun silent reader. Semoga lembaran kali ni membawa lebih makna pada kehidupan kalian dari yang sebelum-sebelumnya. Ampun dan maaf beauty pinta dari hujung rambut sehingga hujung kaki andai sepanjang kita berkenalan atau beauty berceloteh diblog nih menyinggung dan menyakiti hati kalian. Sesungguhnya yang baik itu segalanya datang dari Allah dan yang tidak baik itu dari diri yang hina ini. Beauty nak pesan kepada yang pulang kampung halaman jauh-jauh tu mungkin juga dah mulakan perjalanan berhati-hati di jalan raya. Pandu berhemah jangan ikut perasaan sangat. Kepada yang bawa motor selalu berhenti rehatkan diri. Kepada yang telah selamat tiba ke destinasi alhamdulillah semoga bergembira hendaknya beraya disamping keluarga tercinta. Kepada yang belum pulang ke kampung dan masih bekerja, bawak-bawak bersabar oke. =) Semoga segalanya baik sahaja.

Beauty tahun ni beraya di kampung hubby dulu, then raya ke tiga balik ke rumah bonda insyaAllah. Beauty pun beraya ala kadar sahaja memandangkan ada perkara yang lebih penting untuk kami dahulukan. Semoga dipermudahkan segalanya dan dimurahkan rezeki kami suami isteri hendaknya. Amin

Okay sayangs... Beauty love u ols so much!! Take care... Selamat hari raya sekali lagi dari beauty dan suami buat semua... Muaaaxxxxx ;-)


No comments: