Sunday, August 07, 2011

7 Ramadhan Sungguh Sempurna

Assalamualaikum.. Alhamdulillah selesai sudah kita berpuasa hari ni hari ke 7... Dan hari nih beauty berbuka puasa di rumah.. Dari pagi mengemas mop lantai sapu sampah lipat kain sidai kain basuh pinggan.. Dan seterusnya sediakan bahan-bahan untuk berbuka.. Yes!! Tadi semua datang rumah beauty berbuka puasa bersama.. Mummy, lil sis, nenda, pak long dan mak long.. Bf lil sis pun ada.. Aaaa meriah kan?? Mulanya mummy serumah je yang plan datang sini then last min pak long mak long sampai rumah mummy pe lagi mummy terus je la ajak bebuka sekali kan :-)

Alhamdulillah semua makanan cukup.. Ohh beauty punya la risau makanan tak cukup ye la beauty ni kalau nak sambut tetamu dan menjamu kalau boleh biar lebih jangan kurang.. Beauty dah masak sikit ayam oister, sayur, sambal sardin cili api yang ljl sis request. Pastu hubby pi beli ayam golek. Dan beauty de kirim kambing bakar kat mummy. De la kuih 2 3 jenis. Nasib boleh cover kami yang ramai tadi. Hehehe. Risau sangat tau. Minta maaf kat pak long mak long tadi if ada terkurang depa kata kurang mende nye terlebih ada la sampai kenyang tak hengat. Hehehe. Alhamdulillah beauty suka orang balik dari rumah beauty senang hati perut kenyang ;-)

Mummy kata nanti buat bebuka ramai-ramai lagi kat umah mummy so beauty tunggu panggilan je la kan. Hik hik hik. Abah & mak mentua beauty je tak dapat datang tadi. Mak call katanya abah tak bape sehat. Its ok next time if ada rezeki beauty buat makan-makan lagi. :-)

Semalam ingat nak pi jenjalan malam tapi beauty punya tangan and badan sakit sangat. Maybe sebab angkat barang berat siang nya kan. Sudahnya beauty sapu minyak panas terus tido. Huk huk huk. Malam ni nak pegi esok keje pulak kang tak larat nak bangun sahur dan pi keje. Tunda la hari lain. :-)

Oke u ols.. Beauty doakan semua sehat dan baik-baik sepanjang berpuasa ni ye.. Assalamualaikum.. ;-)


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: