Thursday, July 28, 2011

Mummy Miss You Puput (Gucci) - RIP

Hari nih mummy sedih lagi
Sedih teringat kat puput
Sedih rindu kat puput
Sedih sebab sayang sangat kat puput

Tak penah mummy rasa macam ni
Puput sebahagian dari hidup kami
Mummy rasa kehilangan
Dah tak de lagi makhluk comel
Warna oren yang duduk atas motor daddy
Tunggu mummy balik dari kerja
Yang ada tinggal mummy puput
Dan mak cik muffey yang nakal tu

Mummy rasa sunyi
Bila daddy tak de, tak de sape lagi
Yang teman mummy tengok tv diam-diam
Tido berselimut berdua dengan mummy

Oh Tuhan
Masih teringat saat dia tersiksa
Tak lalu makan, tak lalu minum

Maafkan mummy puput
Sebab tak jaga puput elok-elok
Sebab tak bawak puput pegi klinik cepat-cepat
Semua salah mummy
Ampunkan dosa mummy =(

Puput tau tak
Semalam mummy daddy tengok wayang
Tengok cerita penguin
Tiba-tiba ada adengan penguin menetas dari telur

Masa tu kan
Air mata mummy dah nak jatuh
Daddy pun sama tau tak
Sebab kami dua-dua teringat kat puput
Bekesan sungguh cerita tu pada kami

Teringat masa puput dilahirkan
Mummy ngan daddy yang jadi bidan
Depan mata kami puput keluar kat dunia ni
Puput la makhluk paling comel didunia ni

Mummy tak boleh nak lupa puput
Sampai waktu ni pun tak boleh lupa
Mummy betul-betul rindu kat puput =(

Mummy harap puput tenang di sana
Doakan mummy ya puput
Ampunkan salah mummy
Mummy selalu sayang puput
Sampai bila-bila tau =(




Ni semua gambar puput masa kecik kecik
Comel sangat geram mummy dibuatnya
Rasa nak picit picit hidung puput
Daddy pulak hari-hari cium puput
Gambar masa besar tak dapat nak upload
Blogger tak ok

Masa nih puput tak tau apa-apa
Bila puput hilang mummy puput sorokkan
Bagai nak gila mummy daddy carik
Sampai kami marah mummy puput
Rupanya puput disorokkan dalam lipatan baju
Tak pun puput sendiri masuk dalam tilam =)

Puput tau tak
Puput kecik-kecik suka cari bantal nak tido
Mata pejam kaki bejalan
Tekedek-kedek mencarik bantal
Mummy pulak tekekek-kekek gelakkan puput

Bila dah besar
Puput lah paling kuat makan
Bila lapar sampai tangan mummy puput gigit
Gelojoh tak sabar-sabar
Tapi mummy tetap sayang puput
Tu sebab bila puput sakit tak nak makan
Mummy susah hati tak tido lena

Sungguh indah tatkala puput bersama kami
Takkan kami lupa sampai bila-bila puput
Puput budak baik
Puput jaga diri kat sana ya
Allah lebih sayangkan puput
Love you so much sayang =(

2 comments:

Orked said...

takziah... sedinya baca.... :(

misz beauty said...

Saya menaip sambil nangis mummy orked :-(