Wednesday, February 16, 2011

Maksud Nama...

Assalamualaikum & morning u ols.... Oke today beauty punye entry based on drama yang beauty sempat tengok malam tadi on TV3... Drama Yang Terpuji tak silap.... Beauty dapat tengok ujung-ujung je pun coz semalam hang out ngan Mr. Hubby da malam baru sampai rumah.... =)

Oke lah back to the storey.... Dalam drama tuh budak nakal yang satu kampung tak suka tuh dipanggil dengan nama MAMAT.... Nama betulnya Muhammad... Jadinya ujung-ujung cerita ayah si Muhammad nih tanya kat ustaz tuh apa makna MAMAT... Dan ustaz tuh kata (yang dilakonkan oleh Fauzi Nawawi) erti untuk panggilan Mamat tu adalah MATI... Erkkk!!! Beauty tekejut gak ye lah kan beauty bukan pandai sangat bahasa arab nih... Pastu nih pun duk google2 gak tapi tak jumpa pulak... If betul maknanya kita tak boleh lah nak gelar-gelar orang dengan nama tu lagi... Ye lah kan... Duk cita mamat tu mamat nih pastu ertinya mati... Macam kita mendoakan dia mati pulak... Nauzubillah... Better panggil nama penuh je kalau orang ada nama Muhammad tu kan... Yang terpuji...=)

Ekceli beauty punya namapun tak de makna kot sebab mummy kata nak taruk nama lain pastu arwah atuk kata tak elok buh nama anak panjang-panjang... Nanti nak kawen, masa mati orang nak baca talkin susah... So mummy & abah pun da fening tarus tarik nama tuh... Mummy je kot yang tau makna dia... Nanti beauty tanya balik... haishhh!!! Tapi nama nick name beauty yang ertinya dalam bahasa melayu Cantik pun bukan maksud buruk kan... Janji orang panggil sedap dengar.... Buat Mr. Hubby sila tukar nick name anda ye ye ye... Sebab panggilan itu bermakna... =) Nih ada antara nama-nama yang tidak baik maknanya yang beauty jumpa di incik google.. Harap bley dijadikan panduan untuk kamu-kamu yang bakal menamakan anak sendiri nanti... Mudah-mudahan kita tak terpilih nama-nama ini... ;-) Yang lain-lain sila semak di kamus nama la ye... huhuhuuu ;-)

Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya
Afinah = Yang bodoh
Asyar = Paling jahat
Asyirah = Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah = Hamba suruhan perempuan
Baghiah = Yang zalim, jahat
Bahimah = Binatang
Balidah = Yang bodoh, bebal
Bakiah = Yang menangis, merengek
Baqarah = Lembu Betina
Batilah = Yang batil, tidak benar
Dabbah = Binatang
Dahriyah = Yang mempercayai alam wujud dengan
sendirinya
Dahisyah = Goncang, stress
Darakah = Kedudukan yang rendah
Daniyah = Yang lemah dan hina
Dami'ah = Yang mengalir air matanya
Fasidah = Yang rosak, yang binasa
Fasiqah = Yang jahat, si fasik
Fasyilah = Gagal, kalah
Fajirah = Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah = Kecelakaan
Ghafilah = Yang lalai, yang leka
Ghailah = Kecelakaan, bencana
Ghaibah = Hilang
Ghasibah = Perampas, perompak
Ghamitah = Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah = Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah = Yang dengki
Hasidah = Yang hasad
Hazinah = Yang sedih
Huzn = Kesedihan
Khabithah = Yang jahat, yang keji
Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah = Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah = Yang rugi
Khamrah = Arak
Jariah = Hamba suruhan perempuan
Jafiah = Yang tidak suka berkawan
Kaibah = Yang sedih
Kafirah = Yang kafir, yang ingkar
Kamidah = Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah = Pendusta, pembohong
Lahab = Bara api
Laghiah = sia-sia, tidak berfaedah
La'imah = Yang tercela
Lainah = Yang terkutuk
Lahifah = Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah = Yang menderhaka
Majinah = Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah = Agama menyembah api atau matahari
munafikah = Yang munafik
Musibah = Celaka, bencana, kemalangan
Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor
Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan
menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang bodoh
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri
Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik
Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu
dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan,
umpatan
Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh

Beauty pun nanti if ada anak nanti insyaAllah mau buh nama pendek yang sedap & baik maknanya... Kalau dah panjang lebor sampai tak muat space nak isi dalam borang pun susah gak kan...;-) Oke guyz... Sharing is caring... Terimalah sedikit sharing dari beauty sempena bulan baik kelahiran Nabi Muhammad saw nih... Selawat ke atas Nabi junjungan ;-)

2 comments:

Jojoe said...

tq for caring dear...

misz beauty said...

sharing is LOVE ;-)