Wednesday, December 29, 2010

Harimau VS Garuda


Malam ni adalah penentu segalanya... Samada pejuang-pejuang negara kita akan pulang ke tanah air dengan gilang gemilang atau kecewa... namun beauty mendoakan agar semua berjalan dengan baik dan lancar... Biarlah kita kalah sekalipun tapi pejuang kita akan pulang ke tanah air dengan selamat... Keselamatan mereka lebih penting dan jika rezeki kemenangan berpihak kepada negara Malaysia tercinta ini itu satu bonus dan anugerah dari Allah yang diberikan untuk pejuang kita yang bersemangat kental.... InsyaAllah....

Beauty takut sebenarnya bila tengok berita semalam... Dengan rusuhan dan protes sebagainya... Ada ke patut mereka tu kata kita gunakan khidmat BOMOH??? What the F!!! Orang yang berfikiran cetek dan tidak bertamadun je yang berfikiran macam tu... Segala kemenangan adalah atas usaha masing-masing... Tak perlu nak bomoh bagai... Isu LASER tu pulak alahai... Kerana laser sebatang kecoh satu dunia... Kalau sebab laser diorang kalah nampak sangat orang yang berkata itu tak de akal... Padehal GOL kita disumbat selepas semua reda... Persetankan semua itu... Yang penting kita beri sokongan dan doa untuk skuad HARIMAU kita... Berat tanggungjawab yang dipikul sebenarnya... Mudah-mudahan mereka bersedia dari segi mental dan fizikal.. InsyaAllah, kalau dah memang rezeki atas perjuangan skuad Harimau pasti kemenangan akan berpihak kepada mereka... Beauty pun akan setia duk depan TV je lah ye ye ye... Tak sanggup nak redah jem kat KL nak tengok... Huhuhuuu.... Unuk yang keluar KL atau mana2 skrin besar menonton malam ni.... Jaga keselamatan diri... "Mereka" yang menumpang kat negara kita nih kengkadang bukan sedar diri.... Hui!!!!

Majulah SKUAD HARIMAU untuk negara!!!!! You CAN Do It!!!!!!


No comments: