Tuesday, November 23, 2010

PHD + PRT = ??

Salam u ols... Hari nih kite cite pasal PHD okay... Bukan PhD yang dapat jadi Dr. kat depan nama dier... Tapi Perasaan Hasad Dengki dan satu lagik PRT = Perosak Rumah Tangga...

Beauty bukan nak tuju pada sapa-sapa tapi memandangkan terlalu banyak yang berlaku di sekekiling kita nih so beauty tertanya-tanya kenapa wujudnya manusia-manusia (manusia ke??) yang berperangai dan habitat cenggini... Ish ish ish... Baik pi gali lubang tanam diri sendiri je lah kan... Whopsss!!!

Okay we start from the PHD 1st... Beauty sangat tertanya-tanya bila orang yang lemah dan tidak pernah ganggu hidup orang lain... Malahan seorang yang beriman di kejam sehingga mendatangkan stress dalam hidup dier.... Orang-orang yang sengal ubi tahap cipan ni pulak tak habis-habis cuba menghancurkan hidup-hidup orang yang lemah ni... Eh u ols sume taw x, doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah tau... Beauty bukanlah orang yang arif tentang agama tapi sedikit sebanyak bila dengar ceramah kat tv malam jumaat serta pegi dengar ceramah-ceramah yang ada di sekitar tempat beauty nih membantu beauty menambal ilmu.... Kenapa kita tak biarkan sahaja orang-orang yang memang pandai, baik, beriman ini duduk aman damai sahaja... Malah kita berkawan dengan mereka... Beauty ni pun jahat gak taw tapi suka kawan dengan orang-orang yang baik... At least sedikit sebanyak diorang bley nasihat kita if kita tak betol.... Ni tak siap nak pulaukan lah hape lah... Wut the h**l... Ape diorang ingat diorang bagus sangat.... Ish tak pasal-pasal lak haku emo kat sini.... Erkkkk!!!! Beauty sendiri penah kena PHD nih tapi beauty nih kental sikit (padehal balik umah nangis-nangis kat bahu hubby... muahahaaa)... So buat dunno buat tak reti nantak ar diorang nak kata apa pun janji beauty buat keje beauty dan beauty tau keje beauty... Dan Alhamdulillah akhirnya rezeki berpihak kepada beauty.... U can see Allah itu Maha Adil kan?? Oh... Beauty akan selalu mendoakan mereka yang baik ini yang teraniaya ini akan dilindungi Allah swt.... Dan mereka yang penuh perasaan PHD nih mendapat balasan dari Allah.... nih sedikit ayat yang beauty google...

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Allah menyeru seluruh umat manusia tanpa memandang agama, suku, ras, warna kulit, bangsa atau keturunan, supaya bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu, dan bertakwalah kepada Allah, semoga kamu mendapat rahmat-Nya." (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Tengok... Haiwan pun pandai bersahabat baik even berlainan spesis..;-)

Okay then sambung pulak bab PRT = Perosak Rumah Tangga .... Ya Allah, lagi lah menjadi-jadi gejala nih... Dah macam tak de orang lain yang nak diidam... Laki orang jugak yang nak digodam... Bila dipanggil bit*h or j*l**g pandai pulak marah.... Tapi tak ingat pulak perangai diri sendiri tu kan.... Ape ke jadahnya suka nak meruntuhkan rumah tangga orang?? Nak-nak yang digoda tu bukan lah berharta or hensem sangat pun... Bini sendiri kat rumah pun tak tertanggung malah bini yang tanggung dier.... Tak ke stupid DOG?? Haaaa... kan dah beauty marah... huhuhuuuu.... Bukan pe, beauty baru je dengar cerita a friend of mine anak buah dia kene benda nih... Malah laki dier siap da kawen ngan betina tuh which is betina tu adalah ex-gf dier... What the he*l?? Bodoh ke orang da tinggalkan ko, ko pi jilat balik ludah yang dier dah tabur tuh... Malah ko biarkan isteri ko yang sedang mengendong perut hasil dari benih ko sendiri yang bersusah payah membantu ko dan ko siap bergaya dengan kereta hasil duit bini ko padehal ko pokai?? Ya Allah Tuhan Yang Maha Adil... Ko tunjukkan lah balasan yang setimpal pada mereka-mereka yang kejam ini... Sungguh kejam yang tidak terhingga... Hati yang diluka belum tentu ada ubatnya.... Kalau hilang luka pun pasti parutnya akan ada.... Beauty bergenang air mata saat dengar berita macam ni... Dan berdoa agar dijauhkan semua ini dari beauty sendiri, keluarga, sahabat handai beauty...

Ingat lah wahai perempuan... Bahawa kau sendiri perempuan seharusnya lebih mengerti hati seorang perempuan itu... Dan lelaki, sentiasa sedar akan kemampuan diri sendiri, memang tidak berdosa kalau nak kawen lebih dari satu, tapi berdosa jika perbuatan berkahwin lebih dari satu yang kamu lakukan itu kamu tidak berkemampuan, tidak adil malah bersikap kejam terhadap isteri kamu.... Urmmmm.... Nauzubillahiminzalik...

Beauty dapat ni jugak dari google buat pedoman kita bersama....

Perbuatan memecah-belah atau menjadi dalang punca berlakunya perceraian sebenarnya adalah perbuatan dosa dan maksiat serta boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang jenayah syariah.

Perbuatan memutuskan silaturahim sesama Muslim adalah amalan masyarakat Arab jahiliah. Apabila Islam muncul, Baginda Nabi Muhammad SAW membawa perspektif baru, menyeru manusia supaya menjaga silaturahim.

Firman Allah yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biak lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An-Nisa', ayat 1)

Jadi beauty ajak kawan-kawan semua marilah kita berusaha dan berdoa moga kita dijauhkan dari perbuatan-perbuatan seperti ini... Beauty akan selalu berdoa untuk semua... InsyaAllah =)

Happy family =)

2 comments:

mamaaerish@eb said...

betoi...nauzubillah

jom join GA kami... ;p

misz beauty said...

GA tu pe sis? nnt beauty pi check eh..;-)