Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba beberapa jam saja lagik... Beauty di sini ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada semua saudara, rakan-rakan, sahabat samada yang beauty kenal rapat atau kita hanya kenal di dunia sesawang ini... Mohon ampun dan maaf andai beauty ada tersalah laku tersilap kata samada sengaja atau pun tidak... Mohon ampun dan maaf sekiranya beauty ada menyinggung pihak sesiapa... Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah swt dan yang buruk itu dari beauty sendiri... Beauty pun dah tak nak ingat atau tau perkara-perkara buruk... Beauty nak ingat perkara yang baik-baik je.... Yang penting beauty sayangkan semua...=)
Tahun nih adalah tahun kedua beauty akan berpuasa bersama suami beauty yang dikasih dan dicintai.... Syukur Alhamdulillah beauty masih diberikan nafas dan kesempatan untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini sekali lagi dan bersama-sama menyambut bersama semua insan yang beauty kasihi.... InsyaAllah apa yang beauty tak sempat buat tahun lepas beauty akan cuba buat tahun nih.... Dan malam ni kalau tak da aral melintang kita akan sama-sama menunaikan tarawikh dan beauty dengan rasa tak sabar nak pergi tarawikh sama-sama dengan Mr. Hubby...=) Terasa berbeza betul sebenarnya untuk menyambut ramadhan kali ni... Mungkin kerana semua yang berlaku sebelum nih hikmahnya beauty dapat rasakan pada tika dan saat ini... Syukur dan terima kasih kepada Allah swt.... =)
Okay-okay.... Terpanjang lebar lak membebel kat sini.... Selamat berpuasa semua.... Kalau buat majlis berbuka jangan lupa jemput beauty eh... Heheheee... Beauty punya rumah belum sempat nak buat lagik tahun ni, insyaAllah beauty akan gantikan dengan house warming dan kenduri doa selamat... InsyaAllah... Take care semua...;-)

2 comments:

Jojoe said...

Selamat berpuasa beauty!.posa penuh tau...

misz beauty said...

boleh ke kite puasa penuh? ekekekee ;-p

neway jojoe, beauty baru getting getter dari sakit.... sian beauty awal2 puasa dah jatuh sakit..=(