Thursday, June 17, 2010

Takziah buat Puan Nani sekeluarga...

Beauty baru lepas baca entry Puan Nani.... Rupa-rupanya dalam kita semua termasuk beauty sedang bergembira sahabat beauty nih kehilangan insan yang paling disayangi olehnya serta keluarga... Begenang air mata beauty baca entry tuh... Sedey sangat-sangat sebab beauty penah rasa kehilangan tu.... Tapi beauty dulu kehilangan abang sepupu, tapi kawan beauty nih kehilangan adik kandung dia.... Kerana denggi... MasyaAllah... Risau segala serba bila dengar terlalu ramai yang kena penyakit nih.... betapa bahaya nya virus yang tak diundang ini....

Buat nani serta keluarga... Beauty ucapkan takziah atas kehilangan adinda tercinta... Semoga nani sekeluarga tabah dan reda dengan pemergiannya kerana orang yang baik Allah lebih sayangkan dia... Jadinya Allah pinjamkan sementara untuk kita rasa kebaikannya.... (ya Allah, sebak dada beauty)... Semoga Arwah Adam adik nani ditempatkan dikalangan insan terpilih yang soleh dan solehah.... Amin... InsyaAllah.... Dan beauty doakan semoga seluruh keluarga nani sembuh dari penyakit merbahaya itu.... Mudah2an Allah dengar doa kami ini... InsyaAllah.... Buat nani jaga diri dan baby dalam tummy....

Buat keluarga kawan-kawan sabahat handai semua... Beauty doakan kesihatan sejahtera buat semua dan dijauhkan dari penyakit merbahaya... Amin... Tak lupa buat Dr. Luqman Chuah pensyarah di tempat keje lama beauty yang sedang berada di icu kerana penyakit denggi juga, mudah-mudahan disembuhkan penyakit dengan segera... Semalam beauty dengar dier baru stabil cuma belum celik mata... Astagfirullahalzim... Buat kak zai isteri beliau, semoga tabah mengharungi dugaan....

"Ya Allah Ya Tuhan kami... Kau berikanlan kesihatan dan kesejateraan kepada kami... Jauhkanlah kami dari penyakit yang merbahaya... Sesungguhnya Ya Allah, Engkau lah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang"
.. Amin

Al-fatihah buat arwah adam....

No comments: