Thursday, April 22, 2010

4 Years Being With Him

Morning u ols... Wah besemangat pi keja ari ni walaupun beauty agak sleepy kerana malam tadi outing wif Mr. Hubby... Pi jalan-jalan (padehal hari ni keje tuh...;-p)...

Hari ni 22 April 2010 genaplah 4 tahun usia hubungan percintaan kami... Sekejap je rasenye... Pejam celik pejam celik... Dan sekarang telah menjadi pasangan suami isteri... Syukur ke hadrat Illahi atas limpahan kasih sayang dan perlindungan yang diberi kepada kami... (kami bukan lah barat sangat pun sampai lupa pada Pencipta dan sentiasa berterima kasih kepadaNya...:-D) Syukur kerana dipanjangkan jodoh kami... Syukur kerana kasih sayang bertambah dan bertambah semakin hari... Mudah-mudahan kasih sayang dan cinta kami akan berseri hingga ke akhir hayat kami.... Beauty sentiasa berdoa agar hubungan kami dilindungi oleh Allah swt dari segala yang tidak diingini.... Alhamdulillah semenjak menjadi suami isteri rezeki kami tak terhenti... Beauty telah mendapat jawatan tetap sebagai penjawat awam, hubby pun Alhamdulillah semakin baik dalam bidangnya.... =) Allah kurniakan segalanya untuk kami... Syukur.... InsyaAllah beauty berjanji akan menjadi isteri yang lebih memahami dan mengasihani... Susah senang akan sentiasa disisi suami yang dikasihi...=) Beauty tak pernah cerita jerih payah dalam hubungan percintaan kami... Hanya yang terdekat dan melihat perkembangan cerita cinta kami yang mengetahui.... Dan kalau boleh beauty tak nak cerita yang tak indah disini... Biarlah menjadi rahsia dalam pengalaman hidup beauty.... Beauty akan jadikan semua itu pengajaran dan pedoman agar beauty menjadi lebih tabah dan cekal untuk mempertahankan kasih sayang kami.... Dan biar cerita indah kami memberi penyuntik semangat kepada kawan-kawan lain untuk menceriakan kasih sayang dan cinta mereka pula... Cheee waaaahhh..;-) Ari ni beauty jiwang ckit... Sowy ye kengkawan...;-)

Buat suami yang dikasihi... (yang menjadi silent reader blog beauty ini ;-p)

Terima kasih b kerana memberikan kasih sayang yang tak terhingga buat isteri mu ini... Kita tahu kita telah berada dimana... Waktu-waktu hitam kita biar jauh dibawa pergi oleh angin yang sentiasa menghembus alam ini.... Hanya yang kita tinggalkan kasih dan cinta kita yang terpahat indah didalam diri dan sanubari.... Ceritera cinta kita akan kita simpan untuk penyambung warisan kita nanti agar mereka mengetahui dan belajar bagaimana untuk menjadi pencinta yang cekal dan setia.... Dan kita akan lihat mereka didepan mata kita membina kasih sayang dan cinta yang kekal abadi... InsyaAllah jika masih dipanjangkan usia untuk meniti semua itu nanti.... Kasih sayang dalam diri ini sangat dalam buat awak b... Selamanya.... (oh dah tak bley teruskan lagi dah... airmata dah begenang.... uhuk uhuk....=()

Dah dah beauty.... nanti nangis kat depan orang malu je orang tengok... Haishhhh!!! Cengeng betol isteri incik rossi nih... Huhuhuhuuu..;-p Kawan-kawan semua... Doakan beauty dan suami kekal selamanya ya.... Muacccckkkssss :-*

fut note * contest teka teki teka tekuk ade masa lagi 3 jam lebey sikit.... Gud luck kengkawan...;-)

5 comments:

Siti said...

Happy Anniversary my dearest beauty...hehehe..semoga beauty sentiasa happy bersama hubby & rpmantik selalu. Ooo...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..hehehe...

misz beauty said...

tq kak siti... insyaAllah amin...;-)

p/s*kak siti lg meriah hidup dgn anak2...;-)

sasha* said...

semoga berkekalan sampai akhir hayat beauty dan dikurniakan rezeki dengan anak2 yang kiut miut :)

misz beauty said...

tq sasha.... xsabar nak de baby kiut miut nih... ehehehe ;-)

Saya Punye said...

happy anniversary kak az...
semoga berkekalan hingga akhir hayat, n doakan moga dapat baby yang comey2 n cute mute... hihihi...

dh lame x on blog sis.. happy2 selalu.. :)