Wednesday, February 03, 2010

7 Months =)

Duk sibuk-sibuk up entry bejalan-jalan sampai lupe nak up kisah kami.... Hari nih genap 7 bulan Puan Beauty menjadi isteri yang sah kepada Incik Rossi.... Kejap je rasenye da 7 bulan... Pejam celik pejam celik.... Dalam mase 7 bulan ni jugak macam-macam kisah yang jadi antara kami... Suka duka... Betapa kami mengharungi segala pahit maung yang ada... Alhamdulillah kami masih disini meniti kasih sayang yang abadi dan insyaAllah hingga ke alam yang nyata nanti... Amin

Dan beauty baitkan kata-kata ini khas buat suami yang di kasihi
.....

B...
Dah 7 bulan kita hidup bersama
Sabagai sepasang suami isteri yang sah di sisi agama
Tak sangka begitu cepat waktu mencemburui kita

B...
Dah 7 bulan kita lalui bersama
Pahit manis suka duka
Sehingga kadangkala terasa diri tertewas akhirnya
Alhamdulillah Allah tu sayangkan kita
Dan sekarang kita masih utuh berdiri bersama

B...
Terima kasih kerana menjadi suami saya
Terima kasih kerana menjadi kekasih saya
Terima kasih kerana menjadi sahabat saya
Terima kasih kerana menjadi teman saya

B...
Kita tahu ramai yang mencemburui kita
Berbagai halangan yang mereka caritkan buat kita
Namun hubungan suci yang kita bina
Lebih disayangi & dirahmati oleh Allah yang Maha Esa
Disertai restu dari seluruh keluarga

B...
Tiada apa yang perlu dipinta
Hanya ingatan setulus rasa
Hanya kasih sepanjang masa
Hanya cinta sepenuh jiwa

Ampunkan diri ini
Jika diri ini tidak menjadi isteri sempurna
Jika diri ini tidak menjadi kekasih punya cacat cela
Jika diri ini tidak menjadi sahabat setia
Jika diri ini tidak menjadi teman sejiwa

Namun akan saya cuba
Sediakan yang terbaik untukmu seadanya
Sesungguhnya tiada yang lain dalam hati ini
Hanya awak suami saya selamanya hingga ke syurga




Fut Note* Nak nangis da nih....=(

3 comments:

cik EPAL said...

semoga sis berbahagia selalu..jangan nagis nangis :)

cik EPAL said...

semoga sis berbahagia selalu..jangan nagis nangis :)

misz beauty said...

tq dear... theres nothing in diz world dat u will hope if u have ur hubby.... future and so on juz with him....=)

tak nanes dah... td da dpt sms best!! ;-)