Monday, August 17, 2009

Yang Terbaik Dari Allah

Setiap apa yang Allah swt kurniakan pada kita, adalah kurniaan yang terbaik dari-Nya. Jangan dikesali walau tatkala dirasakan masih banyak yang terbaik dari apa yang kita sedia ada. Bersyukur dan hargailah ia seadanya. Pelihara ia dengan sebaik mungkin. Panjatkan syukur kepada Allah swt agar ia akan berkekalan sehingga ke alam Syurga. Sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dijauhkan segala hasutan syaitan yang durjana dan segala malapetaka. Mohon dilimpahkan kasih sayang dan cinta yang tidak terhingga selamanya. ~

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada cikgunya ketika guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang~

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang paling kita sayang? Macam mana nak pastikan kasih sayang itu berkekalan?

Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Bila dah petik rumput yang paling cantik, bawa ia ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya ~

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya mencarilah yang paling cantik, memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya... Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu, kita patut hargai orang yang didepan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap berlalu tak berulang lagi dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itu yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Ya Allah, kau lindungilah rumahtangga kami dari segala musibah. Kau peliharalah kasih sayang antara kami suami isteri. Kau berikanlah kekuatan dan ketabahan bagi kami menempuh segalanya bersama. Jangan Kau duga kami dengan ujian yang tidak terdaya kami menanggungnya. Kau limpahkan kasih sayang dan perasaan cinta antara kami berdua. Kau panjangkanlah jodoh antara kami suami isteri hingga ke alam syurga. Amin~

1 comment:

hbo said...

Aaaminnn..