Monday, June 22, 2009

Hari Bapa...

Beauty tak tau nak start story from where... Beauty tak tau nak describe hari bapa nih macam mane... Sebab nye beauty tak pernah berpeluang untuk sambut hari bapa sebelum2 nih sampai lah hari semalam 21 Jun 2009 beauty dapat ucapkan kata-kata untuk hari bapa nih... Tapi bukan untuk ayah kandung beauty tapi untuk Daddy tiri beauty serta bakal ayah mertua beauty...

Mesti semua orang tertanya-tanya kan beauty sangat tidak menulis tentang ayah beauty... Sebabnye, beauty tak tinggal dengan dier, even mase beauty tinggal dengan dier pun terlalu banyak kenangan pahit dari manis... =( Beauty tak mau bersangka buruk selalu pada ayah beauty tapi beauty tak tau kenapa dier tak pernah sedar akan kehadiran kami (beauty & lil sis)... Kami umpama musuh bagi dier... Sedih kan??? Ayah sendiri tak mahu berjumpa anaknya malah tidak mengambil tau hal kami... =( Bagi beauty hari-hari yang dilalui tanpa kasih ayah dah terbiasa namun beauty manusia biasa... Bile tibe waktu-waktu penting seperti hari raya, dan tengok semua sepupu-sepupu mohon ampun dan maaf pada ibu dan ayah masing-masing... Beauty pasti terasa... Hanya pada mummy tempat kami berdua beradik bergantung.... Bile tengok movie atau drama-drama yang melibatkan kasih ayah, airmata pasti bergenang... Beauty tau, beauty sangat sensetif bab-bab nih... Tapi apakan daya, puas sudah diri ni memujuk dia agar terima kami seadanya... Tapi kerana anasir dan hasutan jahat syaitan bertopengkan manusia, kami disisih, dipinggir dan dimusuhi... =(

Teruk sangat ke beauty nih??? Hina sangat ke beauty dan adik sehingga diperlakukan begini??? Beauty tak pernah minta harta benda atau apa-apa pada dier... Hanya kasih sayang dan memahami hati kami... Beauty jemput abah hadir majlis pertunangan beauty, tapi beauty dihalau dihina... Tau tak betapa hancurnya hati beauty waktu tu... Mulut terkunci tidak dapat berkata-kata, adik pula sangat memuncak kemarahannya pada abah... Akhirnya beauty pulang ke rumah dengan deraian air mata... Mummy diam tanda memahami hati kecil beauty sebagai anaknya... Kerana setiap kali pulang dari usaha berjumpa abah, pasti beauty akan pulang ke rumah begitu.... Dan kali nih, beauty terpaksa berperang dengan abah sendiri.... Sehingga ke gelanggang mahkamah yang beauty tak pernah terfikir untuk duduk di kandang saksi itu... Kerana abah beauty sendiri tidak mahu mewalikan pernikahan beauty??? Malah kehadirannya seperti menanti bulan yang jatuh ke bumi di mahkamah itu... Sangat besarkah dosa beauty padanya sehingga kami diperlakukan begini... Linangan airmata seperti hujan yang simbah ke bumi... Manakan ada anak yang sanggup mengheret ayah atau ibunya ke mahkamah jika mereka sedar akan tanggungjawab mereka... Semua orang tertanya-tanya sehingga para ustaz sendiri bertanya, adakah bapa yang sanggup lakukan anak sedemikian rupa??? Siapa beauty untuk menjawab??? Hanya tunduk dan menahan sebak dihati....

Kisah hidup beauty umpama cerita dongeng yang bila diceritakan pada orang pasti orang bagaikan tidak mempercayai... Namun, hakikatnya kisah hidup beauty seperti itu... Bezanya, cinderella, snow white atau yang seumpama dengannya sangat disayangi ayahnda mereka... Tapi beauty tidak... =( Beauty dikecam, disiksa mental dan fizikal oleh abah dan ibu tiri beauty... Jadi tak salah kan beauty heret abah ke mahkamah untuk beauty dapatkan hak beauty???

Beauty dah besar sekarang... Punya kerja yang baik, adik masih study... Semua kerana mummy... Yang bersusah payah demi kami... Abah pula??? Mementingkan hal sendiri, memberi kasih sayang pada orang lain lebih baik dari darah daging sendiri.... Itu lah sebabnya tak pernah ada hari bapa dalam kamus kami... =(

Tapi mulai tahun nih, beauty ucapkan Selamat Hari Bapa untuk 2 orang ayah sekali... Buat daddy yang menerima beauty & adik seperti anak kandung sendiri... Tidak pernah membezakan kami.... Terima kasih untuk semua ini, bersusah payah untuk urusan perkahwinan beauty... Sentiasa bersama mummy dalam apa jua keadaan, dan bahagiakan mummy beauty... Dan buat Abah iaitu bakal ayah mertua beauty.... Terima kasih Abah, doakan kami berdua berbahagia sehingga akhir hayat kami... Atas usaha-usaha abah selama nih mendidik anak abah Mohd Norhafizi itu menjadi seorang lelaki yang terbaik buat beauty... Memahami keadaan keluarga beauty... Beauty mungkin kehilangan seorang ayah kandung tapi beauty dapat 2 orang ayah yang terbaik.... Ini semua dari Allah yang sentiasa menyayangi anak yang teraniaya... Syukur Alhamdulillah....

SELAMAT HARI BAPA!!!!

7 comments:

iena said...

sis,skang sy paham isi kandungan sis yg sblm nih... xpe sis..masih ramai mereka yg sygkan sis... berbahagia lah ye....

insyaallah sy akan berada di hari bahagia sis nanti...kalo tiada aral melintang....

misz beauty said...

thanx dear... baru ari nih nak terluah...

jangan lupe dtg okay...

.ArianiAizat. said...

beauty,
nani dpt rase mcm mana beauty rasa..nani ade kawan yg puny naseb yg sama cm beauty..salu jer dgr luahan hati die.

hope beauty sabar n tabah mghadapi dugaan dr DIA yer..sume ni mesti ade hikmah yg kte sendiri xsedar..

beauty masih ade mak n 2org daddy yg sayang kan beauty..:)

hbo said...

x perlu berasa sedih pada orang yang tidak tahu menghargai diri kita. be proud of yourself kerana tanpa dirinya ija masih boleh lagi mengharungi kehidupan dengan orang sekeliling yang lebih sayang dan ambil berat tentang diri ija.

thumbs up babe!

misz beauty said...

nani ~ thanx a lot dear...

achik ~ diz is bcoz of u too achik... thanx utk support selama nih... luv u...

Jehan Najib said...

sabar ye... sedih pulak. rasa bergenang baca citer beauty ni :(

misz beauty said...

dats reality of my life dear... but like my untie said, i have to be proud of myself sbb dpt harungi semua nih... insyaAllah.. thanx again dear..=)