Thursday, September 25, 2008

Takziah Buat Hasnizah Sekeluarga.

Di bulan yang mulia ini, sedang orang bergembira menyediakan persiapan dan kelengkapan untuk menyambut hari raya, ada insan yang Allah ingin menguji ketabahan dan kesabarannya. Buat sahabat beauty yang juga teman sepejabat beauty, beauty ucapkan takziah kerana baru kehilangan baby di dalam kandungan 8 bulan yang dijangkakan akan lahir pada November ini sepatutnya. Beauty tumpang sedih atas berita ini kerana sepanjang perjalanan dier mengandungkan baby adalah depan mata beauty sendiri. Seorang bakal ibu yang comel mengendongkan perutnya yang semakin membesar. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi baby tu, dan dia adalah anak yang akan terus menanti ibunya di syurga nanti. InsyaAllah. Berat mata yang memandang berat lagi bahu memikul. Tidak dapat beauty gambarkan dengan kata-kata begitu sayu hati beauty melihat wajah seorang ibu yang menanti kehadiran insan baru dalam hidupnya. Moga Niza tabah hadapi semua dugaan yang Allah berikan. Hari ni, arwah baby akan dikeluarkan dari perut Niza semoga semuanya selamat hendaknya. takziah buat Niza sekeluarga dari beauty sekali lagi. =(
Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau permudahkan lah perjalanan hidup sahabatku Hasnizah dari menempuh dugaan yang Kau beri. Tabahkan hatinya dari segala duka. Lindungi lah dia dari kesulitan melahirkan anaknya. Kau tempatkan lah anaknya dikalangan umat yang soleh dan Kau sayangi. Sesungguhnya, Engkau yang Maha Besar, Maha Mengasihi dan Maha Penyayang. Al-Fatihah. Amin

3 comments:

ghathis said...

sissy!!
cedeh la..cian baby tu..
condolence to them
GOd loves the baby :)

misz beauty said...

=(

hbo said...

takziah untuk niza. semoga dia tabah menjalani kehidupan. mungkin dah bukan rezeki dia.. namun apa yang pasti, ada hikmah disebalik apa yang berlaku.