Thursday, August 21, 2008

Takziah Buat Nor Hilmi.

Astagfirullahalazim... Mudah-mudahan dijauhi bencana dan malapetaka kepada kaum keluarga serta sahabat handai beauty... Amin..:-(
Beauty de berita sedih nak share ngan u all sume. Mesti de tengok surat khabar semalam especially Kosmo yang de berita seorang perempuan bernama Najmah mati lemas di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Actually allahyarhamah adalah adinda perempuan tunggal kepada staf kat fakulti beauty iaitu Nor Hilmi yang bertugas di Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian. Berita malang yang menimpa nasib keluarga mereka nih diterima pada petang kelmarin dan serta merta beliau sekeluarga telah bergegas ke Pulau Pinang untuk menanti pencarian adindanya yang tersayang. Sesungguhnya Allah swt lebih menyayangi beliau.
Kejadian nih berlaku dimana adik Hilmi pergi bercuti bersama keluarga tunang beserta tunangnya ke Pulau Pinang. Percutian yang gembira berakhir dengan sebuah tragedi apabila jet ski yang dinaiki oleh beliau, tunang serta adik tunangnya terbalik. Hanya tunang allahyarhamah serta adik tunangnya yang selamat dalam kejadian. Allahyarhamah Najmah telah bertunang pada Mei lalu dan dijangkakan akan melangsungkan perkahwinan pada hujung 2008 ini. Sesungguhnya kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Begitu besar ujian Allah kepada hambaNya.
Setelah pihak berkuasa bekerja keras, akhirnya jenazah telah selamat ditemui tengah hari, hari ini bersamaan 21 Ogos 2008 dan telah dibawa ke Hospital Balik Pulau. Alhamdulillah.
Kepada Hilmi sekeluarga serta tunang allahyarhamah sekeluarga, beauty mengucapkan takziah buat semua. Sesungguhnya Dia lebih menyayanginya dan kita harus redha dengan pemergiannya. Mudah-mudahan roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah swt. Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah buat allahyarhamah. ~Al-Fatihah~

2 comments:

Qistyna Sha said...

Salam takziah buat Hilmi sekeluarga serta tunang allahyarhamah sekeluarga... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... ~Al-Fatihah~

n a r d indie winkie said...

moga roh kak najmah dicucuri rahmat. sedih pas dgr berita malang tu time cuti konvo usm.