Friday, August 22, 2008

News Of..


Mayat pelajar USM ditemui

TELUK BAHANG - Selepas hilang hampir 48 jam, mayat penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Najmah Nor Ismail, (gambar) 21, ditemui kira-kira 15 kilometer dari tempat jet ski yang dinaiki bersama tunangnya terbalik.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, mayat Najmah ditemui oleh nelayan di Pulau Keramat, Tanjong Tokong pada pukul 10.30 pagi semalam.
"Semasa ditemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang dan masih lengkap berpakaian,'' kata beliau ketika ditemui di Hospital Balik Pulau (HBP) di sini semalam.
Menurut beliau, nelayan tersebut kemudiannya menghubungi Balai Polis Teluk Bahang.
Selasa lalu Najmah, penuntut tahun akhir jurusan Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan USM terjatuh ketika menaiki jet ski bersama tunangnya, Zulkhairy Haris, 27.
Turut bersama menaiki jet ski tersebut ialah adik Zulkhairy iaitu Puteri Shamil Nabila dan kedua-dua mereka selamat.

Hatta menambah, mayat itu kemudiannya dibawa ke HBP untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke Kajang, Selangor untuk dikebumikan.

Dalam pada itu, suasana di bilik mayat HBP pilu dengan tangisan saudara-mara yang mengiringi jenazah Najmah.

2 comments:

izz_izwa said...

sedinhye:(....innalilahhirajiun..semoga roh arwah dicucuri rahmat...amin..salam takziah buat tunang n family arwah..semoga mereka terus tabah...

n a r d indie winkie said...

my beloved senior..since skolah smpi kat u. moga rohnye dicucuri rahmat. alfatihah..