Wednesday, March 26, 2008

Rahsia Disebalik Nama

Kata orang , nama mencerminkan keperibadian diri . Bahkan , huruf-huruf yang ada di nama kita juga membawa maksud yang tersendiri . Hmm... gerunya !

Tapi , kamu tentu nak tahu juga , kan ? Tak kiralah untuk diri sendiri atau pun menyingkap rahsia di sebalik nama boyfriend atau pun kawan-kawan . Begini caranya . Misalnya , nama boyfriend kamu Hariz . Cuba semak keterangan yang ada di huruf H , A , R , I dan Z . Ia akan menerangkan siapa dirinya yang sebenar . Selamat mencuba , ya !

A : Ingin menyenangkan hati semua orang . Bagi kita perasaan orang lain jauh lebih penting daripada perasaan kita sendiri .

B : Profesional , bertanggungjawab dan setia kawan . Tetapi , ada kalanya agak pesimis dan juga keras kepala .

C : Impian terlalu tinggi daripada tujuan hidup yang sebenarnya . Dalam fikiran selalu berkumpul dengan masalah-masalah yang berat .

D : Tidak mudah menyerah kalah . Prinsip kita , apa pun yang di inginkan pasti akan kita dapatkan . Selain itu , kita juga rela melakukan apa sahaja buat orang yang kita sayangi .

E : Unik dan berani menjadi diri sendiri . Namun , tidak bersikap terbuka terhadap kesalahan diri sendiri serta mudah tersinggung .

F : Menunjukkan sikap berkuasa terutama dalam hubungan cinta .Gemar bersosial dan tidak mahu kalah dengan orang lain .


G : Gemar menjadi pusat perhatian . Namun , sebagai kekasih kita tergolong dalam kategori setia , cemburu dan agak posesif .

H :
Kebebasan adalah perkara yang sangat penting buat kita . Disebabkan inilah orang sering menganggap kita sebagai orang yang invidualistik .

I : Sentiasa mengambil respons positif daripada setiap peristiwa yang telah menimpa diri . Kalau boleh nak bersikap cool sentiasa !

J : Selalu memberikan keprcayaan penuh kepada orang lain dan sebagai balasannya , kita mengharapkan perlakuan yang sama juga .

K : Cenderung suka menyelesaikan masalah sendiri . Seorang yang berwibawa , berani tetapi agak keras kepala serta tidak suka dipaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak disukai .

L : Kreatif , cerdas , pandai bergaul , setia tetapi mudah marah jika sedang tertekan . Sungguh pun begitu , jarang mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan .

M : Emosi sering berubah-ubah , cepat melenting sekalipun hal-hal yang kecil dan suka membalas dendam .


N : Orang lain menilai kita sebagai seorang yang sombong , sedangkan sebenarnya kita kurang yakin pada diri sendiri . Cenderung emosional , tetapi mampu membahagiakan tersayang buat selama-lamanya .

O : Pandai memanfaatkan aktiviti menjadi sesuatu yang menguntungkan . Merupakan pendengar yang baik apabila kawa mencurah rasa .

P : Kemampuan kita membina hubungan baik dengan teman-teman amat menguntungkan , terutama dalam pelajaran . Tekun dalam merealisasikan apa sahaja yang diinginkan .

Q : Selalu bersemangat untuk mempelajari perkara-perkara baru dan suka berimaginasi . Memiliki kematangan dan kemampuan berfikir yang pantas dan maju berbanding teman-teman .


R : Cara berkata-kata dapat mempengaruhi ramai orang . Gunakan kekuatan tersebut untuk kebaikan . Selalu mempesonakan teman-teman dengan kata-kata dan buah fikiran yang dirasakan amat bernas .

S : Sentiasa berusaha untuk kelihatan kuat , cekal dan tabah di depan orang lain , sedangkan ada kalanya kita berada di bawah alam sedar . Khayalan dan imaginasi adalah dunia kita yang sebenarnya .

T : Biarpun kita menganggap penampilan diri sebagai salah satu perkara yang penting , tetapi bagi kita , dalaman itu jauh lebih penting daripada luaran !

U : Mempunyai emosi yang sering berubah-ubah mengikut emosi hati . Sebaiknya jangan menyalahkan diri sendiri hanya kerana kita berbeza dari yang lain .

V : Orang-orang yang tidak mengenali kita dengan baik pasti akan beranggapan kita seorang yang pemalu . Pada hal kita adalah seorang yang mesra dan sangat pemurah .

W : Harus pandai membezakan antara bergurau yang halus atau kasar . Berhati-hati ketik berbicara dan bergurau , kerana kata-kata kita mampu melukai hati orang .

X : Aktif dan suka melibatkan diri dalam aktiviti sosial . Amat mementingkan kualiti dan selalu berusaha sebaik yang mungkin untuk tampil sempurna dalam setiap kesempatan .

Y : Suka berterus-terang dan memiliki kadar toleransi yang tinggi . Menggemari penampilan klasik yang cenderung konservatif .

Z : Dilahirkan sebagai manusia yang penuh misteri dan cenderung memiliki kemampuan mistik . Ketika kita mencinta seseorang , kita sanggup menderita buatnya .

Diz Is Beauty's Secret Name:

A : Ingin menyenangkan hati semua orang . Bagi kita perasaan orang lain jauh lebih penting daripada perasaan kita sendiri .

Z : Dilahirkan sebagai manusia yang penuh misteri dan cenderung memiliki kemampuan mistik . Ketika kita mencinta seseorang , kita sanggup menderita buatnya .

N : Orang lain menilai kita sebagai seorang yang sombong , sedangkan sebenarnya kita kurang yakin pada diri sendiri . Cenderung emosional , tetapi mampu membahagiakan tersayang buat selama-lamanya .

I : Sentiasa mengambil respons positif daripada setiap peristiwa yang telah menimpa diri . Kalau boleh nak bersikap cool sentiasa !

P/S * Sowi Sis Ain, beauty cuwik pinjam entry best ni k...;-)

3 comments:

Anonymous said...

da btul...tapi ad gak yg xbrapa,,,maybe hanya kbetulan,,,

Anonymous said...

betul betul betul!!! =p

Anonymous said...

aik...betul-betul sama lah.